Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Perempuan Sendiri Yang Menghancurkan Hidup Perempuan Lain Che Ta

perempuan sendiri yang menghancurkan hidup perempuan lain che ta

Walaupun ramai perempuan yang sanggup bermadu dan jadi isteri nombor dua, tetapi bagi mereka yang sudah berkahwin pastinya tak sanggup untuk bermadu!

Advertisement

Menurut Che Ta, dia pastinya anti dengan perampas suami orang. Baginya, masih ramai lagi lelaki bujang kenapa harus memilih suami orang. 

"Saya anti perampas suami orang! Sebenarnya perempuan sendiri yang menghancurkan hidup perempuan lain!

"Kita tidak boleh menghalang lelaki daripada berkahwin dengan wanita lain namun sebagai wanita kita boleh menghalang diri daripada berkahwin dengan suami orang.

"Ada ramai lagi lelaki bujang, kenapa perlu rampas suami orang?

"Namun, jangan salah anggap. Kenyataan saya ini tidak bermakna saya menolak poligami," katanya kepada Astro Gempak.

Che Ta juga sempat menasihati mereka yang dimadukan atau suaminya dirampas. 

"Past is past! Anggap sahaja jodoh dengan suami anda setakat itu sahaja.

"Allah mahu berikan yang lebih baik untuk kita. Mungkin dia bukan yang terbaik untuk kita," katanya yang pernah berdepan situasi penceraian suatu ketika dahulu.

Sumber: Astro Gempak 


 

nak tahu apa haiwan buat bila tak ada orang lihat? kelakar weh !

ERA Muzik Hit Terkini