Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Chen EXO Raikan Ulang Tahun Pertama Anaknya Bersama Keluarga

Baru-baru ini, Chen EXO meraikan sambutan ulang tahun anak perempuannya yang pertama atau dikenali ‘Doljanchi’ di Korea yang bermaksud sambutan ulang tahun pertama cahaya mata tradisional Korea.

chen exo raikan ulang tahun pertama anaknya bersama keluarga

Advertisement

Vokalis kumpulan Kpop, EXO itu menyambut hari lahir cahaya matanya itu bersama ahli keluarga terdekat sahaja di sebuah hotel terkemuka.

Menariknya, Chen dilihat memakai pakaian tradisional Korea, 'Hanbok' sempena hari istimewa anaknya.

chen exo raikan ulang tahun pertama anaknya bersama keluarga

Terdahulu, Chen dan isteri dikurniakan anak perempuan sulung mereka pada April tahun lalu dan dikhabarkan wajahnya menyerupai pasangan ini.

Pasangan serasi ini juga berjanji untuk menjadi ibu bapa yang baik buat anak mereka dan akan sentiasa menjaga dengan sepenuh hati.

Sumber: Koreaboo

ERA Muzik Hit Terkini