Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Cik B Bersolek Pakai Rambut Palsu Mirip Ibunya, Dato’ Seri Vida

cik b bersolek pakai rambut palsu mirip ibunya, dato’ seri vida

Cik B atau nama sebenarnya Nur Edlynn Zamilleen Muhammad Amin iaitu Anak kepada usahawan terkenal, Dato’ Seri Vida menjadi bualan netizen apabila dia mengenakan rambut palsu panjang.

Advertisement

Cik B yang menunjukkan kelainan berbanding dengan penampilannya sebelum ini dengan penampilan tomboi dan lasak menerima respon yang baik daripada netizen.

Menerusi video yang dikongsi di Tiktok miliknya, Cik B kelihatan manis menggayakan gaun hitam dengan memakai solekan pada wajahnya.

Walau bagaimanapun, pada ruangan komen, ramai netizen berpendapat bahawa Cik B sesuai dengan penampilannya yang feminine dan kelihatan  mirip dengan ibunya.

Segelintir netizen juga memuji usaha Cik B mencuba untuk berpakaian feminin kerana dia kelihatan sangat cantik dan lebih menarik berbanding dengan penampilannya sebelum ini.

 

Sumber: MStar Online

ERA Muzik Hit Terkini