Skip to main content

Advertisement

Hiburan

“Orang Boleh Cakap Macam-Macam, Tapi Dia Tetap Berdiri Sendiri…” - Cik B Pertahan Datuk Seri Vida

“orang boleh cakap macam-macam, tapi dia tetap berdiri sendiri…” - cik b pertahan datuk seri vidaFoto: Instagram

Anak kepada usahawan sensasi Datuk Seri Vida (DSV), Cik B tampil mempertahankan ibunya selepas isu lelongan ratusan barangan mewah milik mereka tular di media sosial.

Advertisement

Dalam satu siaran langsung, Cik B atau nama sebenarnya Nur Edlynn Zamileen Muhammad Amin menegaskan bahawa orang ramai tidak seharusnya memperlekeh atau menuduh mereka jatuh miskin, sebaliknya memahami bahawa ibunya masih berjuang dan bekerja keras untuk meneruskan kehidupan.

“Tak baik cakap kami miskin, tak ada duit. Mama saya kuat. Dia ibu tunggal yang kerja keras dari dulu sampai sekarang. Orang boleh cakap macam-macam, tapi dia tetap berdiri sendiri,” katanya.

Cik B turut menjelaskan bahawa isu yang melanda ibunya berpunca daripada projek pembinaan studio yang tergendala sejak tahun 2018, melibatkan masalah antara kontraktor utama dan subkontraktor yang gagal menunaikan tanggungjawab walaupun sudah menerima bayaran penuh.

“Mama bayar pada kontraktor utama tapi subkontraktor tak dapat bayaran. Mama dah bayar RM6 juta, bangunan tu pun Mama beli RM19 juta.

“Waktu tu Cik B baru umur 12 tahun, tak tahu apa-apa. Sekarang baru faham. Ramai orang ambil kesempatan dengan Mama. Kawan, staf… semua nak guna dia. Saya kasihan tengok Mama,” ujarnya.

Tambahnya lagi, DSV kini berdepan tekanan emosi dan kewangan, namun tetap memilih untuk kekal positif serta tidak menjadikan situasi itu alasan untuk mengalah.

“Mama saya tak minta simpati. Dia cuma nak teruskan hidup. Orang boleh jatuh, tapi tak semestinya terus kalah,” katanya.

Terdahulu, sebanyak 727 barangan peribadi milik Datuk Seri Vida termasuk tiga kereta mewah iaitu Toyota Vellfire, Toyota Grand Hi-Ace dan BMW X7 telah dilelong dengan jumlah bidaan tertinggi mencecah RM1 juta.

Sumber: Astro AWANI

ERA Muzik Hit Terkini