Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Cinta Aliff Aziz dan Bella Astillah Berputik Kembali?

cinta aliff aziz dan bella astillah beputik kembali?

Penyanyi Aliff Aziz memuat naik video di akaun Instagramnya bersama bekas isterinya, Bella Astillah dan anak mereka, Mohamad Ayden Adrean yang berusia tiga tahun.

Advertisement

Perkongsian itu menarik perhatian netizen, lagi-lagi caption dan lagu latar video tersebut daripada Ali Gatie, It’s You.

Menerusi video tersebut, mereka kelihatan bahagia meluangkan masa bersama anak mereka.

Ramai netizen ingin tahu jika ini video lama. Bagaimanapun, Bella menulis di ruangan komen bahawa video tersebut bukan rakaman lama dan ternyata ia agak baru. Walaupun komen tersebut sudahpun dipadam.

Bella juga meninggalkan komen emoji love sebanyak 7 kali di ruangan komen video tersebut.

cinta aliff aziz dan bella astillah beputik kembali?

cinta aliff aziz dan bella astillah beputik kembali?

Walaupun ramai yang meninggalkan komen negatif tetapi rata-rata netizen mendoakan yang terbaik untuk Aliff dan Bella jika mereka setuju untuk kembali bersama.

Aliff dan Bella pernah memuat naik foto di Instastory yang menarik perhatian netizen di sosial media pada 5 Januari lalu.

cinta aliff aziz dan bella astillah beputik kembali?

Bella memuat naik foto mesra memeluk tangan seorang lelaki yang di kerusi pemandu yang dipercayai ialah bekas suaminya, Aliff Aziz.

Spekulasi mengenai identiti lelaki tersebut semakin dibesarkan oleh netizen apabila Aliff juga memuat naik swafoto di dalam sebuah kereta yang memperlihatkan Bella di belakang.

Rata-rata netizen hanya mendoakan yang terbaik untuk pasangan tersebut dan mengharapkan mereka dapat kembali bersama.

Sumber: Instagram

ERA Muzik Hit Terkini