Umum mengetahui perkahwinan antara Farid Kamil dan Diana Danielle yang telah berakhir pada 10 Ogos lalu, namun pasangan selebriti tersebut mendedahkan telah rujuk dan kembali bersama pada 31 Ogos 2023.
@dianadanielle96 🫶🏻 #dianadanielle #dianadaniellerujuk #faridkamilz #fyp #dianafaridrujukbalik ♬ original sound - MVM Music
Advertisement
Farid menyatakan bahawa dia tidak pernah terfikir akan kembali bersama dan tidak sangka rasa cinta itu berputik kembali. Dia turut berkongsikan detik pertemuan antara mereka berdua selepas penceraian berlaku.
“Sebenarnya tarikh tersebut (rujuk) tidak dirancang. Ia bermula selepas saya menghantar anak-anak ke Sendayan dan esoknya Diana pelawa saya bersarapan. Saya tidak sangka (diajak bersarapan) jadi saya ambil peluang luahkan apa yang saya rasa.”
Diana pun tidak sangka pertemuan itu menyemarakkan bibit bibir cinta, kasih sayang yang kami cari selama ini,” jelas Farid.
Farid juga bersyukur dan menyifatkan doa anak-anak untuk melihat mereka kembali bersama telah dimakbulkan Allah SWT. Semoga kedua pasangan ini dikurniakan kebahagian yang berpanjangan.
Sumber Awani