Skip to main content

Advertisement

Hiburan

“Circle Saya Memang Dari Broken Home atau Anak Yatim…” - Shila Amzah

“circle saya memang dari broken home atau anak yatim…” - shila amzahFoto: Instagram

Penyanyi, Shila Amzah menarik perhatian ramai selepas tampil berkongsi pandangannya mengenai persahabatan serta latar belakang rakan rakan terdekatnya.

Advertisement

Menerusi satu perkongsian di media sosial, Shila menegaskan bahawa dia tidak melihat status keluarga seseorang sebagai ukuran nilai atau keperibadian.

Menurut Shila, dia pernah dinasihatkan supaya menjauhkan diri daripada individu yang datang daripada keluarga berpecah atau tidak lengkap. Namun, penyanyi itu menjelaskan bahawa realiti kehidupannya hari ini membuktikan sebaliknya.

“Ada yang pesan jangan berkawan dengan orang broken home, tapi circle saya memang terdiri daripada mereka yang broken home atau anak yatim,” jelasnya.

Shila turut berkongsi bahawa pengalaman hidup yang sukar bukan sesuatu yang dipilih oleh individu tersebut. Sebaliknya, ia adalah ujian yang membentuk kekuatan dalaman dan empati terhadap orang lain.

“Semua orang berhak untuk disayangi. Apa yang berlaku dalam hidup kami bukan pilihan sendiri, dan trauma itu bukan sesuatu yang mudah untuk dilalui,” kata Shila.

Tambahnya lagi, individu yang melalui pengalaman getir selalunya lebih menghargai hubungan yang ikhlas dan memahami erti sokongan emosi. Shila mengakui dia kini lebih selesa dikelilingi rakan rakan yang memahami, saling menjaga perasaan dan tidak menilai berdasarkan masa silam.

“Saya sangat bersyukur kerana akhirnya jumpa kawan kawan yang benar benar baik dan sentiasa ada dalam apa jua keadaan,” katanya lagi, merujuk kepada sokongan yang diterima daripada kelompok persahabatannya.

Perkongsian tersebut menerima reaksi positif daripada warganet yang rata ratanya memuji kejujuran dan keberanian Shila menyuarakan isu yang sering dianggap sensitif.

Ramai yang menyifatkan kenyataannya sebagai satu peringatan bahawa latar belakang keluarga tidak seharusnya menjadi sebab untuk seseorang dipinggirkan atau dipandang rendah.

Luahan Shila ini dilihat membawa mesej jelas bahawa persahabatan sejati terbina atas keikhlasan, empati dan saling memahami, bukan berdasarkan sejarah hidup atau status keluarga seseorang.

Sumber: Threads

ERA Muzik Hit Terkini