Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Cita Citata Cari Lelaki Bujang, Pintar Dan Berbintang Libra

Penyanyi popular Indonesia, Cita Citata baru-baru ini dilaporkan sedang mencari teman yang mempunyai ciri-ciri yang diidamkan.

cita citata cari lelaki bujang, pintar dan berbintang libra

Cita Citata yang sebelum ini putus cinta bersama Roy Geurts pada Julai lalu telah memuatnaik status: 'Sedang mencari lelaki Libra, umur di atas 28 hingga 35 tahun, bujang dan pintar'.

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Lagi cari Pria Libra, umur di atas 28-35, single and smart 😁😂😜🤣

A post shared by cita citata (@cita_citata) on

Advertisement

Selepas mendapat kecaman dan kata-kata melampau dari netizen yang mengatakan dia terlalu terdesak, beliau kemudian berkongsi satu lagi hantaran supaya warganet tidak memandang ia sebagai satu perkara serius.

"Wahai warganet yang budiman. Mohon kalau komentar, tahan nafas dan buang perlahan. Ringankan otot dan fikiran biar hidup makin bahagia. Janganlah semua kapsyen dianggap terlalu serius. Tak boleh bergurau?" yang disertakan dengan emoji lucu.

Terdahulu, Cita telah menjalin hubungan cinta bersama Roy, hingga dilaporkan akan bernikah namun hubungan mereka terlerai selepas tarikh perkahwinan mereka ditunda.

cita citata cari lelaki bujang, pintar dan berbintang libra

Cita juga digosipkan kini bersama seorang selebriti yang juga ahli perniagaan, Jordi Onso.

cita citata cari lelaki bujang, pintar dan berbintang libra

Sumber: Instagram Cita Citata

ERA Muzik Hit Terkini