Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Ramai Tak Tahu, 40g Coklat Gelap Boleh Legakan Sakit Haid Setanding Ibuprofen!

ramai tak tahu, 40g coklat gelap boleh legakan sakit haid setanding ibuprofen!

Foto Hiasan

Advertisement

Siapa sangka, keinginan makan coklat ketika haid sebenarnya bukan sekadar “mood swing” atau alasan manja. Penyelidikan menunjukkan bahawa 40 gram coklat gelap mampu mengurangkan sakit haid setanding dengan 400 mg ibuprofen, satu fakta yang membuatkan ramai wanita rasa,

“Ha… patutlah!”

Coklat gelap kaya dengan magnesium dan sebatian flavonoid yang membantu melonggarkan otot rahim, mengurangkan keradangan serta meningkatkan aliran darah. Gabungan ini menjadikannya teman kecil yang memberi kelegaan ketika perut mula memulas dan badan mula rasa berat.

Lebih menarik, coklat gelap juga membantu merangsang serotonin ataupun “hormon tenang” yang membuatkan mood lebih stabil walaupun hormon lain sedang berlari maraton dalam badan. Sebab itulah setiap gigitan rasa seperti pelukan kecil daripada alam semesta.

ramai tak tahu, 40g coklat gelap boleh legakan sakit haid setanding ibuprofen!

Foto Hiasan

Jadi kepada semua wanita, anda bukan mengada-ada. Anda bukan attention seeker.

Keinginan makan coklat itu memang ada asasnya kerana ia menunjukkan tubuh anda tahu apa yang ia perlukan.

Cuma pastikan coklat yang dipilih jenis coklat gelap dengan kandungan koko lebih tinggi, bukan yang sarat gula. Nikmatinya dengan sederhana dan biarkan ia menjadi senjata kecil anda melawan hari-hari sengsara setiap bulan.

Kadang-kadang, penyelesaian bukan berada di rak ubat… tetapi di rak coklat.

Sumber: Healthline

ERA Muzik Hit Terkini