Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

ERA Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

berita hiburan era

Coldplay Taja Mesin Perangkap Sampah ‘Interceptor 005’ Bersihkan Sungai Di Malaysia

Kolaborasi ini adalah usaha mencegah sampah dan pencemaran daripada masuk ke laut.
nura
31 Mar 2021, 02:20 PM

Dengan keadaan pada waktu ini tidak memberi kesempatan bagi Coldplay melakukan konsert di Malaysia, namun kumpulan muzik popular dari Britain itu mempunyai cara mereka tersendiri untuk memastikan hubungan mereka dengan peminat di Malaysia kekal relevan. 

coldplay taja mesin perangkap sampah ‘interceptor 005’ bersihkan sungai di malaysia

Baru-baru ini, kumpulan muzik yang terkenal dengan lagu mereka “Fix You” dan “A Sky Full of Stars” itu mengumumkan bahawa mereka berkolaborasi dengan sebuah pertubuhan dari Belanda, The Ocean Cleanup dalam usaha mencegah sampah dan pencemaran daripada masuk ke laut.

Apa yang lebih menarik adalah, kolaborasi tersebut tidak berasaskan keuntungan.

Coldplay terkenal sebagai salah satu pendukung kuat inisiatif hijau dunia, menaja mesin memerangkap sampah sungai ‘Interceptor 005’ yang bakal digunakan di Malaysia.

"Jika tiada tindakan, mungkin akan lebih banyak plastik daripada ikan di lautan pada tahun 2050. Maka sebab itulah kerja The Ocean Cleanup sangat penting.

“Kami bangga menaja Interceptor 005 yang akan memerangkap ribuan tan sampah sungai sebelum sampai ke lautan, " kata mereka dalam satu kenyataan.

coldplay taja mesin perangkap sampah ‘interceptor 005’ bersihkan sungai di malaysia

Ini adalah 'Interceptor' kedua beroperasi di Malaysia selepas Interceptor 002 yang beroperasi di Sungai Klang pada Ogos 2019 lalu.

Menerusi akaun Instagram rasmi Coldplay, mereka mengumumkan kolaborasinya untuk membersihkan sampah sebelum ia sampai ke laut.

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Coldplay (@coldplay)

 

Menurut Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif The Ocean Cleanup, Boyan Slat, Malaysia adalah negara pertama yang akan menerima Interceptor 005.

Ia sedang dibina di kemudahan MHE-Demag di Klang dengan kerjasama firma Finland, Konecranes.

Interceptor adalah sebuah teknologi inisiatif The Ocean Cleanup yang mampu memerangkap hingga 100 tan sehari sampah terapung yang dibuang ke dalam sungai sebelum sampai ke laut.

Ia direka khas untuk membendung pencemaran di 1,000 sungai paling tercemar di dunia. Interceptor 005 adalah salah satu daripada dua unit yang dihasilkan dalam siri rekaan generasi ketiga teknologi ini.

 

coldplay taja mesin perangkap sampah ‘interceptor 005’ bersihkan sungai di malaysia

coldplay taja mesin perangkap sampah ‘interceptor 005’ bersihkan sungai di malaysia

Turut dikenali sebagai New Moon 1, Interceptor 005 akan terus beroperasi sejurus selepas ia siap dibina menjelang pertengahan tahun ini, jelas Slat dalam sebuah kenyataan.

Menurut Slat, sisa plastik dari sungai akan dibawa arus sehingga ke tempat pusaran sampah di tengah lautan, yang mana sampah sarap akan terkumpul di dalam arus berputar itu selama bertahun-tahun.

Kekurangan tindakan untuk mencegah pencemaran ini akan meningkatkan kesan buruk terhadap ekosistem, kesihatan dan ekonomi.

Sejak 2019, The Ocean Cleanup telah mengumumkan inisiatif Interceptor untuk saluran air tercemar di pelbagai negara seluruh dunia termasuk Indonesia, Republik Dominica, Vietnam, Amerika Syarikat, Jamaica dan Thailand. 

Sumber: Sinar Harian

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

{{related.name}}

{{related.name}}