Umum mengetahui soal pergolakkan yang berlaku terhadap saudara Islam di Palestin,namun ramai artis Malaysia yang berani menyuarakan tentang sokongan mereka terhadap Palestin. Daiyan Trisha juga turut tidak terkecuali untuk memberikan pendapat beliau secara peribadi melalui laman media sosialnya.
Daiyan Trisha adalah salah satu selebriti yang memiliki komitmen besar bersama dengan jenama-jenama antarabangsa. Namun, itu tidak menjadi punca untuk menyuarakan tentang hak rakyat Palestin dan memberikan sokongan yang teguh terhadap rakyat disana.
Advertisement
“Mungkin posting ini akan memberi kesan terhadap hubungan kerja saya dengan jenama-jenama antarabangsa tetapi apabila tiba masanya untuk saya berdiri teguh atas prinsip saya, saya tidak boleh berdiam diri untuk masa yang lama” tulisnya di hantaran Instagram miliknya.
Daiyan juga turut menyumbang RM20 ribu menerusi satu persatuan dan mendorong semua untuk turut memberikan sumbangan.
Semoga dengan tindakan ini dapat membuka mata ramai pihak.