Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Wow! Hebatnya, Danial Zaini Kongsi Cara Azmi Saat Guna Telefon

Penyanyi, pelawak dan penyampai radio ERA, Danial Zaini berkongsi video cara penyanyi, Azmi Saat menggunakan telefon bimbit tanpa bantuan orang lain bersama pengikutnya di Instagram.

wow! hebatnya azmi, danial zaini kongsi cara azmi saat guna telefon

Advertisement

Menerusi hantaran di Instagram, Danial menunaikan permintaan pengikutnya dan memuat naik sebuah video yang menunjukkan Azmi yang merupakan orang kelainan upaya (OKU) sedang menggunakan telefon bimbit.

“Ramai tanya macam mana Azmi Saat balas whatsapp tengok telefon semua. Ini lah jawapannya. Hebatkan azmi ! #heart,” kata Danial.

Azmi berkongsi mengenai cara menggunakan telefon bimbit dengan mudah seperti menaip mesej dan carian di aplikasi.

“Dalam telefon ni ada voice over jadi apa sahaja yang saya sentuh di skrin dia akan baca,” ujar Azmi.

wow! hebatnya azmi, danial zaini kongsi cara azmi saat guna telefon

Juara Muzikal Lawak Superstar 2 itu kagum dengan semangat Azmi yang tidak menjadikan kelainan upayanya sebagai penghalang untuk berkomunikasi menggunakan telefon pintar.

“Oh begitu ya Azmi guna telefon, lajunya,” katanya lagi.

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Danial Zaini (@danialzain1)

Rata-rata komen pengikut Danial di akaun Instagram tertarik dengan cara yang digunakan Azmi dan menyanjung kebolehannya.

“Celik hati, insan istimewa,” tulis salah seorang warganet.

“Wow, hebatnya azmi,” ujar seorang warganet yang kagum.

Setakat ini, hantaran yang dimuat naik Danial telah memperoleh lebih 53 ribu tontonan di laman media sosial berkenaan.

Sumber: Instagram Danial Zaini

ERA Muzik Hit Terkini