Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Siti Nurhaliza Kongsi Wajah & Nama Anak Di Media Sosial, Muhammad Afwa Nama Dipilih

Penyanyi ternama negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza akhirnya mendedahkan wajah dan mengumumkan nama cahaya mata keduanya selepas tujuh hari kelahirannya.

siti nurhaliza kongsi wajah & nama anak di media sosial, muhammad afwa nama dipilih

Advertisement

Pelantun lagu Aku Bidadari Syurgamu itu memilih nama Muhammad Afwa untuk anak lelakinya.

Menerusi hantaran di akaun Instagramnya, Datuk Seri Siti Nurhaliza bersama suami Datuk Khalid Mohd Jiwa telah memilih nama Muhammad Afwa sempena bulan Ramadan ini yang membawa makna keampunan atau kemaafan.

siti nurhaliza kongsi wajah & nama anak di media sosial, muhammad afwa nama dipilih

“Muhammad Afwa lahir pada bulan Ramadan, bulan keampunan dan di dalam doa malam Lailatul Qadar juga ada menyebut Afwa.

"Semoga anakanda Muhammad Afwa sentiasa di dalam keampunan dan kemaafan Allah S.W.T. dan kita semua juga di dalam lindungan-Nya," katanya.

siti nurhaliza kongsi wajah & nama anak di media sosial, muhammad afwa nama dipilih

Tambahnya lagi, beliau juga mengadakan majlis tahnik sempena menyambut kelahiran anak keduanya yang telah diadakan di kediamannya.

Beliau selamat melahirkan Muhammad Afwa pada 19 April lalu di sebuah pusat perubatan di Selangor.

Sumber: Instagram Datuk Seri Siti Nurhaliza

ERA Muzik Hit Terkini