Baru-baru ini tular video menerusi satu wawancara Bizjihad yang disiarkan secara langsung. Melalui siaran itu, Ketua Pegawai Eksekutif LZS, Mohd. Sabirin Mohd. Sarbini mengeluarkan kenyataan mengenai Datuk Seri Siti Nurhaliza merupakan artis dengan sumbangan tertinggi menerusi Lembaga Zakat Selangor.

Penyanyi Nombor 1 Malaysia ini menyatakan kewajipan menunaikan zakat ini telah dipupuk oleh ibu dan bapanya sejak zaman kanak-kanak lagi. Beliau juga menyatakan bahawa Ibundanya, Siti Salmah Bachik yang paling banyak nasihatnya mengenai zakat.
Advertisement
Siti menyatakan dia akan asingkan awal-awal hasil pendapatanya untuk membayar zakat dan merasakan itu adalah tanggungjawab bagi setiap orang yang beragama islam.
"Sehingga sekarang, apabila saya ada pendapatan, saya tolak awal-awal. Apa sahaja saya pendapatan saya, saya asingkan. Sebab itu buatkan saya rasa ini adalah tanggungjawab setiap orang, syarikat dan setiap kita beragama Islam. Kita kena ingat perkara itu.” jelasnya.
Semoga kita semua dapat mencontohi nilai murni Datuk Seri Siti Nurhaliza.