Biasanya ucapan hari Ibu dibuat oleh anak kepada ibunya, namun berbeza pula buat pengusaha kosmetik, Datuk Seri Hasmiza Othman atau lebih dikenali sebagai Datuk Seri Vida.
Menerusi laman Instagramnya, Datuk Vida menyampaikan ucapan sempena hari Ibu dengan mengenang kisah apabila sering meninggalkan anak-anaknya dibawah jagaan pembantu rumah ekoran sibuk dengan kerja. Disebabkan itu, pemakanan anak perempuannya sering diabaikannya, hingga mengakibatkan anaknya, Cik B, mengalami masalah kegemukkan.
Advertisement
"Cik B jadi gemuk sebab setiap malam bibik dahulu benarkan Cik B makan burger banyak sangat. Setiap malam burger (malangnya) mama tak tahu (tabiat pemakanan) sehabit Cik B nak makan burger je. Kesannya Cik B jadi gemuk."
Beliau bagaimana pun berjanji akan selalu meluangkan masa bersama anaknya dan mempersiapkan anaknya untuk menjadi usahawan berjaya, selain akan memastikan anaknya itu lebih kurus, putih, dan gebu dimasa hadapan.
"Mama akan cari masa bersama Cik B & Kacak..Cik b & Kacak bole bawa berunding dan idea mrk 'in'. Mungkin sebab (sering) bermain telefon (bimbit), (maka) banyak dapat input."
