Pengarah terkenal Malaysia, Datuk Yusof Haslam mendedahkan Syamsul Yusof telah lama tidak menghubungi dan bertemu dengannya namun dia tidak menyimpan sebarang perasaan marah tetapi beri ruang dan masa buat anaknya.

Yusof Haslam menyatakan Syamsul sudah bertahun lamanya tidak balik dan perbualan akhir mereka sewaktu isterinya menghubungi anaknya untuk memaklumkan mak mertua Yusof sakit.
Advertisement
Walaubagaimanapun, Yusof sentiasa mendoakan yang terbaik dan berpesan kepada Syamsul supaya cepat-cepat bertemu dengannya sebelum terlambat.
“Kami sudah nak menjangkau 70 tahun pada tahun depan. Ramai rakan seperjuangan saya sudah pergi. Kepada anak saya, jangan tunggu sampai bapa kau sudah tak ada baru nak cari.” kata Yusof.
Dia gagal menahan air matanya bila bercakap mengenai ini kerana sudah penat dengan kontroversi keluarganya yang masih belum ada jalan pendamaian.
Sumber Awani