Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Kalau Dapat Sambutan, 12 Filem Baru Arahan David Teo Akan Kembali Tahun Hadapan

Penerbit dan pengarah terkenal tanah air, David Teo, dikatakan sudah merajuk kerana tiada sebarang filem yang dihasilkan oleh MIG Pictures tahun ini.

kalau dapat sambutan, 12 filem baru arahan david teo akan kembali tahun hadapan

Walaubagaimana pun, David Teo memberitahu bahawa mereka akan kembali aktif tahun depan dengan banyak filem baru akan diterbitkan.

Advertisement

"Projek filem baru akan bermula pada penghujung tahun ini seperti sekuel Jangan Pandang Belakang 2, Congkak 2, Jangan Pandang Belakang Congkak 2 dan Adnan Sempit,"

"Saya percaya filem apa yang berjaya ketika ini adalah kebanyakan filem yang sudah ditayangkan dulu seperti Hantu Kak Limah dan Munafik yang pernah meraih kutipan pecah panggung dahulu,".

"Kita perlu tengok trend apa yang penonton suka tapi saya bukan nak buat 1 atau 2 filem setahun sebaliknya lebih banyak,"

"Sekurangnya saya nak buat 6 filem baru dan selepas itu jika sambutan bagus, kami akan pergi kepada 12 judul setahun.

"Ketika ini, industri perfileman mempunyai terlampau banyak pekerja termasuk graduan yang mencari pekerjaan. Adanya filem baru seperti ini, ia membantu mereka untuk bekerja,"
katanya pada Astro Gempak.

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by David Teo (@davidteo99) on

Sumber: Astro Gempak

nak tahu apa haiwan buat bila tak ada orang lihat? kelakar weh !

ERA Muzik Hit Terkini