Pelakon, Datin Diana Danielle kini sedang mendapatkan rawatan selepas mengalami serangan keresahan (anxiety) sejak dua minggu lalu.

Advertisement
Beliau dilaporkan sedang cuba melawan dan mengawal serangan tersebut, hingga menyebabkan kesihatannya semakin meruncing sejak beberapa hari lalu.
"Sejak dua minggu lalu, saya mengalami serangan keresahan. Saya menyedari serangan tersebut kerana terdapat beberapa simptom yang muncul secara berperingkat.
"Sejak dua minggu yang lalu, tapak tangan saya kerap berpeluh, hilang selera makan dan insomnia. Namun sejak tiga hari lalu, saya sukar untuk bernafas dan dada terasa sempit," katanya menerusi laman Instagram.
Rata-rata pengikut dilaman Instagramnya telah meninggalkan pesanan dan komen positif kepada beliau agar terus kuat dan segera sembuh.