Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Dikhabarkan Bakal Menamatkan Zaman Bujang, Nabila Razali Minta Hormat Privasi

Sebelum ini, penyanyi terkenal dengan lagu Peluang Kedua, Nabila Razali dilaporkan telah mengikat tali pertunangan dengan seorang usahawan dalam satu majlis tertutup dan dikhabarkan bakal melangsungkan majlis pernihakan.

2253050-1.jpg


Namun, dia memilih pendekatan untuk mengunci mulut mengenai khabar angin yang tidak sahih itu dan berharap agar semua pihak dapat menghormati privasinya ketika ini. 

Advertisement

“Saya tetap tak boleh nak memberikan sebarang jawapan dan respons, saya akan tetap sama seperti sebelum ini. Saya mengharapkan agar semua pihak dapat menghormati privasi saya. Sekiranya saya sudah bersedia, Insya-Allah saya akan umumkan” jelasnya melalui temubual bersama Media Hiburan.


Walaubagaimanapun, dirinya tidak tertekan apabila sering disoal tentang perkahwinan kerana beranggapan bahawa ini adalah lumrah kehidupan sebagai anak seni.

ERA Muzik Hit Terkini