Pelakon jelita, Fasha Sandha baru-baru ini dituduh melakukan pembedahan bariatrik oleh seorang wanita di laman media sosial. Perkara tersebut dikongsi Fasha menerusi laman sosial Instagramnya pada malam Khamis.
Advertisement
Bagaimanapun wanita tersebut telah pun membuat permohonan maaf atas tuduhan tersebut. Fasha berkata, dia telahpun memaafkan individu dikenali sebagai Hanis Syafiqah itu dan berpesan agar menjadikan kejadian tersebut sebagai iktibar.
“Saya maafkan untuk kali ini dan semoga dapat dijadikan iktibar” kata pelakon itu di ruang kepsyen instagramnya.
Sebelum ini Fasha telah memuat naik tangkap layar komen yang dibuat Hanis Syafiqah.
Menerusi ruangan kepsyen, Fasya menggesa Hanis Syafiqah untuk membuat permohonan maaf kerana tuduhan tidak berasas tersebut. Hanis Syafiqah kemudiannya membuat permohonan maaf selepas tiga jam Fasha menuntutnya berbuat demikian.