Skip to main content

Advertisement

Hiburan

"Doakan Kebahagiaan Kami"- MK K-Clique

doakan kebahagiaan kami- mk k-clique

Tahniah buat MK K-Clique yang selamat melangsungkan pernikahan bersama pilihan hatinya Siti Hajaar Syeikh Nordin, 26 dengan hanya sekali lafaz. Majlis pernikahan tersebut diadakan di Masjid Jami'il Huda, Ampang kira-kira jam 9.35 pagi tadi. MK menyerahkan mas kahwin sebanyak RM302 dan seutas gelang tangan.

Advertisement

MK juga menjelaskan persiapan untuk majlis pernikahan ini dilakukan dalam masa yang singkat dan dia bersyukur kerana majlis berjalan lancar. Majlis pernikahan tersebut dihadiri keluarga dan kenalan rapat.

"Alhamdulilah saya bersyukur segalanya berjalan dengan lancar. Syukur sudah jadi suami orang.

"Walaupun persiapan dilakukan dalam masa agak singkat tapi semuanya dipermudahkan. Doakan kebahagiaan kami," kata MK ringkas.

 

@era.je Alhamdulillah, dengan sekali lafaz, @MK K-CLIQUE dan pasangannya Siti Hajar selamat diijabkabulkan. #sharERA #fyp #fypage #fypmalaysia #liveupdateERA #fypシ ♬ original sound - ERA

 

Sumber: Astro Awani 

ERA Muzik Hit Terkini