
Nampaknya Benedict Cumberbatch bukan setakat hero di dalam filem tetapi di dunia realiti pun !
Advertisement
Baru-baru ini Cumberbatch, 41, bertindak keluar daripada teksi yang dinaikinya untuk selamatkan seorang mangsa daripada diragut empat orang penjenayah.
“Penunggang basikal itu amat bertuah. Benedict ialah wira,” kata pemandu teksi berkenaan, Manuel Dias kepada Sun.
“Benedict sangat berani dan tidak mementingkan diri. Jika beliau tidak campur tangan. penunggang basikal berkenaan pasti akan mengalami kecederaan parah,” katanya.
Namun Cumberbatch menafikan yang beliau seorang adiwira.
“Saya melakukannya kerana... saya perlu lakukannya,” ujar Cumberbatch.
Sumber: Harian Metro & Astro Awani
