Foto: Instagram
Kumpulan Dolla mengakui hubungan mereka dengan bekas anggota kumpulan, Syasya Rizal, tidak lagi serapat seperti dahulu, terutamanya selepas Syasya baru sahaja melahirkan anak kedua.
Advertisement
Walaupun begitu, Dolla yang dianggotai Sabronzo, Tabby dan Angel itu menzahirkan rasa gembira melihat bekas rakan sepasukan itu sibuk dengan fasa baharu kehidupannya.
Menurut Sabronzo, salah seorang ahli Dolla, mereka memahami situasi Syasya yang kini sangat sibuk dengan keluarga dan tanggungjawab baru.
“For now, we know yang she also very busy. She just gave birth, she just delivered her second child.
We’re not as close as we’re back then because we are all very busy. She also has a family now.
But, as long as we see she is doing well and sihat, we’re always happy for her,” ujar Sabronzo.
Ditanya mengenai komunikasi mereka dengan Syasya, Sabronzo dan Tabby menjelaskan bahawa mereka masih berhubung, tetapi tidak kerap.
“We spoken, sometimes. Not often,” kata Sabronzo dan Tabby.
Kenyataan ini menunjukkan bahawa walaupun hubungan antara Dolla dan Syasya tidak seterat dahulu, kumpulan tersebut tetap mendoakan kesejahteraan bekas anggotanya.
Mereka menghargai perjalanan baharu Syasya sebagai seorang ibu dan individu yang terus aktif dalam bidang seni, sambil mengekalkan sokongan mesra terhadap bekas rakan sepasukan mereka.
Sumber: Instagram @officialhlive