Skip to main content

Advertisement

Hiburan

De Fam Bangga Dengan Dolla, “Jika Ada Lagi Kumpulan Wanita Lain Muncul Lepas Ni, Lebih Bagus,"

Kumpulan wanita yang kini sedang meningkat naik, Dolla, sering dibandingkan dengan kumpulan yang dianggotai tiga orang wanita iaitu De Fam.

de fam bangga dengan dolla, “jika ada lagi kumpulan wanita lain muncul lepas ni, lebih bagus,

Advertisement

Walaubagaimana pun, De Fam menganggap kemunculan Dolla bukanlah saingan sebaliknya tumpang gembira kerana kumpulan itu berani tampil dengan imej dan pembaharuan dalam industri muzik tempatan.

Kemunculan Dolla ini juga membuatkan Azira Shafinaz, teringat akan titik permulaan De Fam sewaktu awal kemunculan mereka dahulu yang juga bersemangat untuk berjaya.

"Kami tidak melihat Dolla sebagai saingan langsung disebabkan mereka muncul berkumpulan. Apatah lagi, hendak membandingkan diri dengan mereka.

"Sebaliknya, kami sangat gembira dengan kemunculan mereka untuk meneruskan legasi kumpulan wanita dalam industri. Tidak kisahlah berkumpulan atau tidak, yang penting pembaharuan dibawa segar dan menarik.

"Mereka sebenarnya mengingatkan kami kepada semangat De Fam sewaktu baru bermula lima tahun lalu. Waktu itu, jiwa muda kami sangat membara, sebagaimana terlihat pada mereka juga," katanya.

de fam bangga dengan dolla, “jika ada lagi kumpulan wanita lain muncul lepas ni, lebih bagus,

Azira juga berkata, beliau dan ahli De Fam merasa kagum dengan konsep dibawa Dolla yang lebih ke arah muzik ala K-Pop dan berbeza dengan kumpulan De Fam sendiri.

de fam bangga dengan dolla, “jika ada lagi kumpulan wanita lain muncul lepas ni, lebih bagus,

Baginya lagi, ia tidak salah malah lebih memajukan industri muzik tempatan, selain menggalakkan jika ada mana-mana kumpulan wanita yang akan muncul lagi selepas ini.

Sumber: Metro

ERA Muzik Hit Terkini