Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Bakal Adakan Majlis Di UK & Malaysia, Dr. Amalina Kini Sudah Bertunang

Dr. Nur Amalina Che Bakri yang merupakan seorang pakar bedah telah berkongsi perkhabaran gembira menerusi laman sosialnya semalam.

Menurutnya, beliau kini sudah menerima lamaran daripada kekasih dan tidak sabar untuk membuat persiapan bagi majlis perkahwinannya itu.

Advertisement

bakal adakan majlis di uk & malaysia, dr. amalina terima lamaran kekasih

Dalam pada itu, Dr. Amalina turut memberi gambaran akan mengadakan dua majlis resepsi di Malaysia dan juga United Kingdom.

Menjengah ke laman sosial, rata-rata peminat termasuk rakan artis meluahkan rasa teruja sambil mendoakan agar segala urusan mereka dipermudahkan.

bakal adakan majlis di uk & malaysia, dr. amalina terima lamaran kekasih

Terdahulu, nama Nur Amalina Che Bakri menjadi perhatian ramai kerana cemerlang dalam peperiksaan SPM tahun 2004 dengan memperoleh 17A1. Beliau seterusnya melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan di Imperial College London di bawah tajaan Imperial College dan National Institute Health Research (NIHR) UK sambil bekerja di hospital terkemuka di London.

Sumber: Instagram Dr. Amalina

ERA Muzik Hit Terkini