Drama terbaharu Astro Ceria yang akan memberikan satu kelainan yang baharu buat para penonton telah mula ditayangkan di kaca televisyen. Hikayat Pak Belalang merupakan sebuah drama yang berkonsepkan komedia keluarga dan fantasi dongeng tempatan yang sesuai ditonton seisi keluarga.
Lakonan hebat dari pelakon tanah air seperti Dato’ Jalaluddin Hassan, Bell Ngasri, Adik Haziq dan Ruhainies ini akan memberikan satu kepuasan buat para penonton yang mengidamkan sebuah drama dongeng melayu.
Advertisement

Drama ini mengisahkan Belalang dan ayahnya, Pak Belalang yang berhadapan dengan pelbagai masalah apabila bapanya menyamar untuk menjadi seorang ahli nujum.
Hikayat Pak Belalang telah mula ditayangkan bermula 11 Disember, pada setiap hari Isnin jam 9 malam di Astro Ceria 611 dan AstroGo.