Penyanyi popular Dua Lipa berang dan menyelar iklan di akhbar New York Times apabila dituduh sebagai anti-Semitisme.

Advertisement
Menerusi hantaran di akaun Instagramnya, kempen tersebut dijalankan menggunakan namanya serta nama model terkenal Gigi dan Bella Hadid itu adalah sesuatu yang keji dan palsu.
“Mereka (akhbar) tanpa malu-malu menggunakan nama saya untuk kempen keji mereka dengan kepalsuan.
“Saya berdiri dengan solidariti bersama semua orang yang tertindas dan menolak semua bentuk sifat perkauman,” katanya.
— DUA LIPA (@DUALIPA) May 22, 2021
Tindakan Dua Lipa itu dikenakan setelah memberikan sokongan kepada Palestin bersama Gigi dan Bella Hadid yang berasal dari Palestin.
Walau apa yang berlaku, mereka tetap memperjuangkan hak-hak rakyat negara itu yang ditindas dan mengecam pencerobohan Israel terhadap penduduk Gaza.
Sumber: Vulture