Foto: Tangkap layar TikTok
Sebuah video yang memaparkan seorang nenek berusia 97 tahun mendukung cicitnya mencuri perhatian ramai di TikTok setelah ia dimuat naik oleh seorang wanita yang berkongsi detik penuh emosi itu.
Advertisement
Rakaman berdurasi 19 saat berkenaan menunjukkan si nenek tersenyum lebar sambil memeluk bayi kecil tersebut, seolah-olah mengulang kembali memori ketika dia menjaga cucunya suatu ketika dahulu.
Wanita itu menjelaskan bahawa neneknya memang rapat dengannya sejak kecil, dan melihat figura tua itu kini memegang cicit sendiri memberikan satu perasaan yang sukar digambarkan.
Lebih menyentuh hati, momen itu terjadi hanya beberapa hari selepas ibu mertuanya meninggal dunia, menjadikan kelahiran bayi tersebut sebagai pengubat rasa kehilangan dalam keluarga.
@fizasinhaa ahh sedih lah edit ni 🥹sayang nyaaa nenekku satu-satunya🤍dr swk ke kl tok berambeh 2bulan nak neman kitaa okasehnyaa
♬ Break - Misha Omar
Difahamkan, nenek berkenaan datang dari Sarawak dan menetap di Kuala Lumpur selama dua bulan semata-mata untuk menanti dan menyambut kedatangan ahli keluarga baharu itu.
Keprihatinan dan kesungguhan mereka menjaga hubungan tiga generasi itu menambahkan lagi makna pada video berkenaan.
Di ruangan komen, ramai warganet menyifatkan momen itu sebagai satu anugerah dan rezeki yang tidak semua orang berpeluang merasainya.
Ada juga yang berkongsi pengalaman serupa dan berharap mereka juga dapat menyaksikan generasi seterusnya membesar di depan mata.
Sumber: TikTok