
Semalam KRU membuat pengumuman yang mereka akan dibubarkan pada 6 Mei ini selepas konsert terakhir mereka yang akan berlangsung bermula 4 Mei hingga 6 Mei.
Advertisement
Salah seorang ahli KRU yang juga komposer terkenal, Edry Abdul Halim akan berhijrah ke Eropah demi mendapatkan pendidikan terbaik buat anak ketiganya yang juga menghidap autisme.
Walaupun sudah berusia 10 tahun tapi anaknya, Emery masih belum boleh bercakap.
"Selepas berbincang dengan ahli keluarga saya mengambil keputusan untuk berhijrah sebentar ke luar negara untuk memberi pendidikan terbaik untuk anak saya.
"Selama ini, saya gunakan banyak masa ajar orang menyanyi tapi anak sendiri masih tak boleh bercakap.
"Jadi saya pun tertanya-tanya, kenapa tidak saya tumpukan perhatian penuh kepada anak istimewa sendiri dengan memberi pendidikan yang terbaik kepada dia.
"Bukan tiada pusat pendidikan yang bagus di sini, namun kemudahan untuk kanak-kanak autisme di sana lebih lengkap," katanya kepada Astro Gempak.
Sumber: Astro Gempak
