Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Elfira Loy dan Sufian Suhaimi Bertunang Oktober Ini

elfira loy dan sufian suhaimi bertunang oktober ini

Sumber: Harian Metro 

Advertisement

Selepas datang merisik beberapa bulan yang lalu, pasangan Elfira Loy dan Sufian Suhaimi bakal bertunang pada Oktober ini. Bagaimanapun, tarikhnya belum ditetapkan kerana perlu perbincangan kedua belah pihak. 

"Bapa saya perlu ke Johor untuk berbincang dengan bapa Sufian. Tarikh perkahwinan juga belum ada dan mungkin tahun depan," katanya.

Sufian datang merisik selepas 3 bulan usia perkenalan mereka. 

"Selepas tiga bulan berkenalan, saya melihat Sufian serius terhadap hubungan kami. Kemudian, dia menghantar rombongan merisik Julai lalu," katanya. 

Elfira juga mendedahkan Sufian punyai ciri-ciri lelaki idamannya iaitu sabar dan bertoleransi.

"Bagi saya, paras rupa, status dan kemewahan bukan keutamaan kerana paling penting bakal suami boleh bersabar dan toleransi.

"Sufian memberitahu, kalau tiada kesabaran cinta boleh musnah," katanya.


*Layan ERA fm menerusi dengar.era.fm

elfira loy dan sufian suhaimi bertunang oktober ini

ERA Muzik Hit Terkini