
Sumber: Astro Gempak
Advertisement
Pasangan yang bakal mendirikan rumah tangga pada bulan Mac 2018 ini tak terlepas dari dugaan bertunang. Sesiapa yang bertunang pasti akan merasainya. Tapi lain orang, lain pula dugaannya.
Menurut Elfira, 23, dugaan itu bukan datang darinya atau pun Sufian tetapi dari orang sekeliling mereka.
"Alhamdulillah hubungan saya dan Sufian tidak ada sebarang masalah tapi biasalah pelbagai dugaan itu pasti ada.
“Bukan daripada kami sebaliknya melalui orang - orang disekeliling kami.
"Tapi saya ambil perkara itu sebagai positif, ini merupakan permulaan buat kami yang ingin mendirikan rumah tangga.
"Saya anggap apa yang berlaku sebagai dugaan dalam pertunangan kami dan secara tidak langsung menguatkan lagi hubungan antara satu sama lain.
“Bila dah lalui sendiri baru saya percaya bila orang bercakap mengenai soal dugaan alam pertunangan," katanya kepada Astro Gempak.
