Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Elfira dan Sufian Bakal Berkahwin Menjelang Tahun Depan

Sebelum ini Elfira Loy telah menerima kehadiran keluarga Sufian Suhaimi untuk majlis merisik dan kenal-kenalan kedua-dua belah keluarga. Hari ini dalam satu temubual eksklusif di Era fm, nampaknya Elfira dan Sufian sudah memberi hint bila kah mereka akan melangsungkan majlis pertunangan dan perkahwinan. 

Menurut Sufian, dia memilih untuk mengikut adat Melayu dengan merisik, kemudian bertunang dan barulah diakhiri dengan bernikah. Ketika ditanya bilakah agaknya mereka akan melangsungkan majlis perkahwinan kedua-duanya menjawab sama ada hujung tahun ini atau awal tahun hadapan. 

Advertisement

 


*Layan ERA fm menerusi dengar.era.fm

elfira dan sufian bakal berkahwin menjelang tahun depan

ERA Muzik Hit Terkini