Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Hamil 6 Bulan, Elfira Loy Teruja Menanti Kelahiran Tapi Risau Nak Bersalin

Pelakon, Elfira Loy yang kini hamil enam bulan mengakui mula rasa berdebar menantikan kelahiran bayi sulungnya.

hamil 6 bulan, elfira loy teruja menanti kelahiran tapi risau nak bersalin

Advertisement

Namun dalam keterujaan itu, Elfira juga merasakan takut dan risau memikirkan keadaannya nanti.

“Sekarang ini, saya dah mula fikir takut hendak bersalin dan sudah mula memikirkan bagaimana keadannya bila semakin dekat dengan waktu itu.


“Dalam masa yang sama saya teruja juga untuk menanti kelahiran anak saya ini dan ia adalah cucu pertama bagi kedua-dua belah keluarga saya dan suami.

“Buat masa sekarang saya hanya mahu fokus dan menikmati proses kehamilan ini kerana ia rezeki daripada Allah yang bukan semua orang dapat rasainya.”, katanya.

hamil 6 bulan, elfira loy teruja menanti kelahiran tapi risau nak bersalin

Semoga dipermudahkan segala urusan buat Elfira Loy dan suami!

Sumber: Awani

ERA Muzik Hit Terkini