Pelakon, Elfira Loy, telah mengikat tali pertunangan bersama Muhammad Faris Khairol Anuar sejak tiga bulan lalu.
Baru-baru ini, Elfira Loy bersama telah memuatnaik foto bersama tunangnya ketika majlis perkahwinan pelakon Indonesia, Baim Wong di Jakarta.
Advertisement
Menerusi foto tersebut, Elfira Loy dilihat mengenakan gaun serba merah jambu dan pasangannya mengenakan suit dengan tali leher hitam.
Rata-rata memuji ketampanan Faris kerana mereka dilihat seperti sama cantik sama padan.




Sumber: Instagram @elfiraloy
