Pelakon, Elfira Loy kali ini sempat menyambut Ramadan bersama suami tersayang, Faris Khairul Anuar.

Advertisement
Menerusi update di Instastories miliknya, beliau sempat berkongsikan gelagat suaminya yang sedang menyiang ikan.

Apa sebaliknya, yang menarik perhatian orang ramai di laman Twitter pula adalah kapsyen Elfira yang menyatakan bahawa dia tidak pandai siang ikan, dan memerlukan bantuan suami yang tahu cara menyiang ikan.
“I don’t know how to siang ikan. Thank god he knows!”, tulisnya.
Menerusi laman Twitter, rata-rata netizen mempertikaikan kemahiran pelakon ini dalam bab memasak, hingga ada yang mengaitkan ia dengan persandingan mereka sebelum ini.
so much hate. so what she cannot siang ikan? she can cook many other things. she does the house chores. cuba jangan dengki, so unnecessary
— Khairina Jamaludin (@KaynaJmldn) May 19, 2019
How did she cook if siang ikan also she don't know?
— im (@MeIbraheem) May 19, 2019
Kenapa baca reply ada jugak yang bitter :’) Benda mmg betul pun takkan tak reti siang ikan. Kalau ye pun tak reti janganlah bangga tak reti. And yes mmg betul patut kerja lelaki but come on lah takkan everything semua lelaki kena buat? Tak mati pun kalau belajar siang ikan kan?
— نورول عقيلة♥ツ (@qiyyyyyyy) May 19, 2019
Bercakap pasal hal dapur ni. Aku teringat pernah masak utk bini aku. Alhamdulillah esoknya dua dua dpt mc sbb sakit perut 🤣 sejak dr tu aku dilarang masak dh. Berdosakah aku
— s (@HarrisZukni) May 19, 2019
Untuk pengetahuan...patut nya memang laki yang kena buat semua untuk isteri..mengemas rumah termasuk masak..ni semua bukan kerja perempuan...perempuan buat sbb kesian kt laki je..laki pulak lebih2 tiba2 jd kan kita maid dia buat semua benda. Not all lah ya. Itu facts.
— khans (@bellakhann) May 19, 2019
Kalau bersanding boleh dapat ilmu siang ikan ke macam mana? Bersanding 5 kali wajib jadi pro siang ikan?
— Depressed Individual Sia ✨ (@digitalkai) May 19, 2019
Tak reti siang ikan boleh belajar. Tak reti tengok orang lain bahagia kena buang hasad kat dalam hati.
Sumber : Elfira Loy
