Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Elisya Sandha, Suami Bakal Timang Cahaya Mata? Peminat Dapat ‘Tangkap’ Gambar Imbasan Ultrabunyi - “Saya Ternampak Sesuatu, Tahniah”

Pelakon, Elisya Sandha dan suaminya Uzair Haqimy dikhabarkan bakal menimang cahaya mata.

Ramai warganet tertanya-tanya mengenai berita kehamilan pelakon tersebut apabila berkongsi sebuah video imbasan 2021 di akaun Instagram miliknya.

Advertisement

elisya sandha, suami bakal timang cahaya mata? peminat dapat ‘tangkap’ gambar imbasan ultrabunyi - “saya ternampak sesuatu, tahniah”

Video berdurasi 11 saat itu memaparkan detik-detik indah yang dilalui Elisya dan sebuah gambar imbasan ultrabunyi dilampirkan bersama di dalam video tersebut.

Nur Elisya Mohd. Faisal atau mesra disapa Elisya hanay sekadar berkongsi video imbasan 2021 berkenaan di media sosialnya sehingga ramai peminat menyedari gambar tersebut.

“Syukur alhamdulillah untuk segala-galanya. Biarpun dengan segala naik turun (yang berlaku), saya bersyukur,” tulisnya di kapsyen.

elisya sandha, suami bakal timang cahaya mata? peminat dapat ‘tangkap’ gambar imbasan ultrabunyi - “saya ternampak sesuatu, tahniah”

Berusia 22 tahun, adik kepada pelakon, Fasha Sandha ini belum membuat sebarang kenyataan rasmi mengenai berita gembira itu namun para peminat dan rakan-rakan artis mendoakan yang baik buat pasangan sejoli ini.

“Saya nampak sesuatu. Tahniah si cantik,” kata seorang pengguna Instagram.

“Hari itu masa Elisya makan nasi kandar lepas tu kata lepas makan semua terkeluar balik dah agak dah mesti hamil. Alhamdulillah,” komen salah seorang warganet.

Terdahulu, Elisya dan Uzair Haqimy mendirikan rumah tangga pada Ogos tahun lalu. Pasangan itu memutuskan untuk berkahwin selepas lima tahun mengenal hati budi masing-masing.

Oleh: Muhammad Izwan Zainal
 

ERA Muzik Hit Terkini