Skip to main content

Advertisement

Hiburan

“Lizzy Masih Lizzy Yang Sama,” Elizabeth Tan Mohon Maaf Rahsiakan Berita Perkahwinan

Pada Sabtu lalu, penyanyi terkenal, Elizabeth Tan, 28 menamatkan zaman bujangnya dan telah berkahwin dengan ahli perniagaan, Siew Jim.

“lizzy masih lizzy yang sama,” elizabeth tan mohon maaf rahsiakan berita pernikahan

Advertisement

Majlis perkahwinan itu diadakan di Gombak, Selangor dan berlangsung secara sederhana dengan hanya dihadiri 10 tetamu sahaja.

Elizabeth atau lebih mesra disapa Lizzy memohon maaf kerana tidak berkesempatan berkongsi tentang berita perkahwinannya sehingga gambar dan video pernikahannya itu tular pada Ahad pagi.

“Gambar dan video yang telah tersebar yang menyatakan Lizzy sudah berkahwin adalah benar. 

“Majlis semalam (Sabtu) adalah sangat intimate dan kecil sebagai langkah mematuhi SOP dan hanya dihadiri oleh 10 orang tetamu yang merupakan ahli keluarga dan kenalan rapat Lizzy sahaja”, ujarnya

“lizzy masih lizzy yang sama,” elizabeth tan mohon maaf rahsiakan berita pernikahan

Bagi Lizzy, perkahwinan adalah satu perkara yang sangat peribadi dan turut memohon maaf sekali lagi kerana tidak dapat menjemput ahli keluarga yang lain serta rakan-rakan media.

“Pada Lizzy, memilih untuk berkahwin ini tidak mengubah apa apa. Lizzy masih Lizzy yang sama. Dan Lizzy harap semua dapat terima dan hormat keputusan Lizzy,” tambahnya.
 

ERA Muzik Hit Terkini