Nama Elizabeth Tan, 28, atau lebih dikenali dengan nama panggilan Lizzy, tiba-tiba menjadi topik dan bualan ramai di media sosial selepas tular beberapa foto menunjukkan penyanyi itu dalam sepersalinan gaun putih.

Advertisement
Memetik laporan dari Astro Gempak, foto yang tular menerusi akaun pengguna Twitter, @PejuangJlnLurus selepas memuatnaik dua keping foto Lizzy dengan busana pengantin.
“Ait ni Elizabeth Tan kan? Dah kahwin ke dia? Aku dapat gambar ni pun sebab orang dok hangat bersembang dalam group”, tulis pemilik akaun @PejuangJlnLurus itu di Twitter.

Kedua-dua foto itu menunjukkan Lizzy dalam gaun putih sambil ditata rias oleh jurusolek dan juga memegang sejambak bunga.

Rata-rata netizen mula berteka-teki sama ada benarkah penyanyi itu sudah pun menamatkan zaman bujangnya.
Bagaimanapun sehingga kini masih belum ada sebarang makluman atau pengesahan daripada pihak Elizabeth Tan sendiri.
Sumber: Gempak / Twitter @PejuangJlnLurus