Nama Elly Mazlein sering menjadi sebutan apabila beliau dilihat sangat sesuai menjadi pengacara sesebuah program di kaca TV.

Advertisement
Namun semalam, beliau telah diundang untuk menjadi juri sebagai Presiden Netizen dalam saingan minggu ke-empat Big Stage 2020.

Kehadiran Elly Mazlein dalam rancangan tersebut adalah untuk mewakili suara orang ramai di laman sosial untuk berkongsi apa sahaja komen dan pendapat netizen berkaitan dengan Big Stage 2020.
Rata-rata peminat memuji penyanyi itu selain diminta agar dirinya terus diundang sebagai juri bagi minggu-minggu seterusnya.
Pada sidang media selepas selesainya konsert mingguan Big Stage semalam, Elly Mazlein sempat berterima kasih kepada penganjur atas kepercayaan yang diberikan kepadanya untuk menjadi juri jemputan, meskipun mengakui bahawa suaranya sendiri juga tidak seberapa bagus.
“Saya enjoy… Memang suara saya tidak berapa bagus sangat, tetapi saya ada telinga.
“Saya tahu mana yang okay dan sebaliknya,” katanya.
Dalam saingan mingguan Big Stage 2020 semalam, Yamani Abdillah telah disingkirkan daripada program realiti berkenaan selepas mendapat markah terkumpul sebanyak 62 peratus.
Sumber: Media Hiburan