
Sumber: Astro Gempak
Advertisement
Malam tadi nampaknya giliran Elyana pula tersingkir daripada konsert Gegar Vaganva. Bagaimanapun apa yang mengejutkan seluruh audien adalah Elyana mengakui dia menghidap kanser limfoma tahap 4.
Sudah 7 tahun Elyana menghidap kanser tersebut selepas melahirkan anaknya yang pertama.
“Selama tujuh tahun saya merahsiakan perkara ini daripada pengetahuan orang di luar sana.
“Saya tidak mahu menipu lagi, terutama kepada peminat dan cukuplah selama ini saya diamkan sahaja.
“Sepanjang tempoh itu juga, saya cuba mencari jalan dan waktu terbaik bagaimana caranya untuk saya memberitahu peminat.
“Hari ini saya rasa seperti dah hampakan peminat sebab saya masuk GV 4 ini untuk mereka,” katanya yang menghidap kanser limfoma sejak tujuh tahun lalu.
“Dah berpuluh-puluh kemoterapi saya tempuhi. Alhamdulillah, saya masih lagi diberikan nafas oleh Allah sehingga ke hari ini.
“Tapi apa yang paling saya takut sekali adalah tidur malam.
“Saya takut saya tak bangun esok pagi, jadi setiap hari saya menghargai momen-momen yang saya akan jalani.
“Sejujurnya saya berasa lega selepas memberitahu perkara ini kepada peminat,” jelasnya.
Menerusi Instagram Elyana, dia ada memuat naik gambar beserta kapsyen "SEPI". Ruangan komen dipenuhi ucapan peminat yang mendoakan Elyana terus kuat.


