Pelakon, Emma Maembong akui yang dia tidak akan kekal dengan imej membuka aurat seperti sekarang.
Pelakon cantik yang pernah mengejutkan satu Malaysia apabila beliau mengambil keputusan untuk tidak lagi tudung. Walau bagaimanapun Emma sedar bahawa ramai peminatnya yang mahukan dia kembali kepada menutup aurat dan tampil dengan imej wanita Muslim sebenar dengan berhijab lebih-lebih lagi dia pernah tampil sebegitu selama 5 tahun sebelum ini.
Advertisement
Kata Emma, “Bagi saya setiap wanita Muslim beragama Islam, mereka semua mahu menuju ke arah kebaikan, begitu juga saya. Tiada siapa yang mahu berbuat jahat akan selamanya kekal dengan imej sebegitu (membuka aurat),”

“Saya pernah pakai tudung, insya-Allah satu hari nanti, mesti saya akan ke arah itu semula (menutup aurat). Bila tiba masanya saya akan pakai (hijab).
“Saya tidak akan selamanya begini sehingga ke tua. Saya pun mahu ke arah kebaikan kerana saya bukannya makin muda,” jelas pelakon tanah air itu.
Sama-sama kita doakan yang terbaik untuk Emma Maembong.