Skip to main content

Advertisement

Hiburan

First Time Pergi Honeymoon, Emma Maembong Kini Berbadan Dua

Pelakon, Emma Maembong telah berkongsi berita gembira bersama peminatnya menerusi Instagram, malam semalam.

first time pergi honeymoon, emma maembong kini berbadan dua

Advertisement

Emma dalam muatnaik itu berkongsi berita kehamilannya yang pertama bersama suami, Muhammad Shazli Azhar.

"Bulan madu pertama dan percutian berdua terakhir bersama suami. Tak sabar menanti untuk melihat anda, 'my baby'," tulis Emma di Instagram.

first time pergi honeymoon, emma maembong kini berbadan dua

Foto romantis pasangan Emma dan Shazli itu merupakan foto mereka yang kini sedang berbulan madu selepas mendirikan rumah tangga pada 20 Februari lalu dalam satu majlis tertutup.

Foto itu nyata mendapat ribuan tanda suka dan komen ucapan tahniah daripada peminat serta pengikutnya di platform media sosial itu.

Sumber: Instagram Emma Maembong

Kredit foto photographer: @amirnaufalna

ERA Muzik Hit Terkini