Pelakon jelita, Emma Maembong sekali lagi mencuri perhatian peminat dan pengikutnya di Instagram.

Advertisement
Mana tidaknya, hantaran yang ditujukan khas buat ibunya sempena hari ibu disertakan bersama foto-foto lama ibunya ketika zaman muda, membuatkan ramai terpegun.

Emma Maembong mempunyai kacukan Melayu dan Scotland, jadi tidak hairanlah jika beliau mempunyai wajah yang cantik, saling tak tumpah seperti ibunya.


Melihat kepada perkongsian Emma ini, ramai meluahkan rasa teruja apabila melihat foto-foto ibu Emma yang mana ia jarang dikongsikan kepada umum.
Sumber: Instagram Emma Maembong