Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Emma Watson Tidak Mengaku Single Tapi Dia Berpasangan Dengan Diri Sendiri

Pelakon antarabangsa dan juga bintang filem Harry Potter, iaitu Emma Watson mendedahkan dalam satu temubual bahawa beliau tidak memanggil dirinya sebagai seorang yang bujang atau single, sebaliknya 'berpasangan dengan diri sendiri'.

emma watson tidak mengaku single tapi dia berpasangan dengan diri sendiri

Advertisement

"Saya tidak pernah mempercayai yang saya gembira hidup bersendirian. Saya mengambil masa yang lama, tetapi saya sangat gembira. Saya panggil ia sebagai berpasangan kepada diri saya sendiri.", katanya dalam temubual terbabit.

Pelakon yang berusia 29 tahun itu telah ditanya tentang pasangan hidup, namun beliau tidak pula berasa tertekan hidup bersendirian, malah gembira untuk menyayangi dirinya sendiri.

Jadi, anda single atau berpasangan dengan diri sendiri?

Sumber: WOB

ERA Muzik Hit Terkini