
Sumber: Utusan Online
Advertisement
Sebelum ini pelakon Indonesia yang popular dengan filem Syurga Yang Tak Dirindukan menjadi sebutan media di Malaysia dan Indonesia kerana menjalinkan hubungan dengan bekas suami kepada Erra Fazira, Engku Emran. Mereka dilihat keluar bersama beberapa selebriti tempatan.
Bukan itu sahaja, ada gambar dan video yang sama dimuat naik oleh pasangan ini di Instagram yang memguatkan lagi hubungan mereka. Terbaru, ada sumber mengatakan mereka bakal melangsungkan pernikahan secara sederhana di Kuala Lumpur, September ini.
“Insya-Allah jika tiada aral melintang pertengahan September, mereka akan bernikah di Kuala Lumpur. Semua persiapan sedang diatur, lagipun majlis hanya kecil-kecilan sahaja,” kata sumber itu kepada UTUSAN ONLINE
Bella dan Engku Emran dikenalkan melalui pasangan Nora Danish dan suaminya, Bossned pada Mac yang lalu.

*Layan ERA fm menerusi dengar.era.fm
