Penyanyi terkenal dari Korea Selatan, Eric Nam baru-baru ini menjadi isu hangat buat netizen di Malaysia selepas menyukai satu hantaran di Instagram yang menyokong Zionis di bumi Palestin.
Hantaran itu dibuat naik oleh Jordan C. Brown yang disifatkan sebagai salah satu organisasi pengganas yang membuat serangan terhadap orang awam.
Advertisement

Eric yang akan membuat konsert jelajah ke Malaysia bermula tahun depan bakal terkesan kerana ramai peminat yang berhasrat untuk tidak hadir ke konsert solonya.
Walaupun telah menjadi perbualan hangat berkenaan tindakannya itu namun masih tiada lagi kenyataan rasmi dari pihak Eric.
Sumber Kosmo