
Gambar: mStar
Advertisement
Sumber: mStar
Setelah 26 tahun mendirikan rumah tangga akhirnya pasangan pengarah hebat tanah air Erma Fatima bercerai talak satu dengan Bade Azmi pada pukul 11.35 pagi tadi. Bade atau nama sebenarnya Badaruddin Azmi, 53, melafazkan cerai di hadapan Hakim Syarie Shaiful Azli Jamaludin di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, di sini, pada Khamis.
Bade failkan penceraian pada 10 Ogos yang lalu.
"Apa yang boleh saya katakan, soal mati dan jodoh itu, ketentuan Tuhan dan jika ini ketentuannya, saya sangat reda," ujarnya ringkas kepada mStar.
*Layan ERA fm menerusi dengar.era.fm
