
Foto: Instagram
Advertisement
Penyanyi, Ernie Zakri meluahkan rasa simpati terhadap rakan seperjuangan, Aina Abdul yang berdepan buli siber rentetan dari persembahannya di sebuah acara baru-baru ini.
Menerusi tembual bersama HLive, Nur Ernie Shahirah Zakri atau mesra disapa Ernie, memberitahu bahawa dia memahami perasaan penyanyi Terus Hidup itu kerana pernah melalui pengalaman yang sama sebelum ini
"Saya pun sama seperti Aina, selalu kena buli siber. Boleh dikatakan setiap hari jugalah kena kecam.
"Meskipun tidak berada di tempat Aina, tetapi saya memahami apa yang dirasakan. Impak AJL sangat luar biasa kepada kesihatan mental.
"Mungkin Aina menjadi sasaran kerana kerana dia adalah Aina Abdul. Seorang penyanyi yang memiliki nama besar, jadi sasarannya lebih ke arahnya," katanya ketika ditemui pada sidang media Konsert Ernie Zakri Live in Singapore di sebuah hotel, di ibu negara, semalam.

Foto: Gempak
Dalam pada itu, pelontar lagu Ku Bersuara itu bagaimanapun mempunyai cara tersendiri untuk mengelakkan diri daripada berdepan buli siber demi menjaga kesihatan mental.
"Biasanya, saya akan hindari media sosial setiap kali selesai menjayakan acara besar seperti konsert dan AJL.
"Selepas tiga, empat hari dan biarkan semua surut, barulah saya tengok media sosial," jelas Ernie.
Sementara itu, isteri kepada penyanyi Syamel itu turut mentiipakn doa agar Aina terus tabah menghadapi ujian dan cabaran yang sentiasa menanti di depan mata.
"Saya percaya Aina seorang yang kuat kerana ini bukan kali pertama dikecam. Namun, sudah semestinya Aina terkesan dengan kecaman yang dilemparkan kerana saya ada terbaca juga.
"Saya tak faham kenapa harus membuatkan perkara itu sebegitu. Saya harap semangat Aina akan kembali pulih dan mendoakan kejayaan Aina, insya-Allah," ungkap Ernie.
Sumber: HLive