Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Ernie Zakri Nyanyi Lagu BTS, Life Goes On Raih Pujian Ramai

Sejak kebelakangan ini, penyanyi Ernie Zakri dilihat sering menghasilkan video cover pelbagai jenis lagu popular, termasuklah yang terbaru ini lagu Life Goes On nyanyian kumpulan BTS.

ernie zakri nyanyi lagu bts, life goes on raih pujian ramai

Advertisement

Ernie memilih untuk menghasilkan cover lagu daripada kumpulan tersebut yang dikongsikan di IGTV di Instagram peribadinya yang diikuti lebih 1.3 juta followers.

ernie zakri nyanyi lagu bts, life goes on raih pujian ramai

Nyata, cover lagu Life Goes On yang dihasilkan oleh Ernie Zakri sememangnya amat dinantikan peminatnya, termasuklah juga peminat kumpulan BTS sendiri.

“Anyeong! 😹 I recorded this 4 days ago tapi tak upload upload 😅 Enjoy guys! Banyak juga makan kimchi nak dapatkan sebutan yang betul, hopefully OK lah tu. Borahae! 💜”, tulisnya sambil mendapat pujian daripada ramai menerusi ruangan komen.

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by @erniezakri

Terdahulu, Ernie juga pernah merakam video dengan menyanyikan lagu berjudul Positions, LMM pula dari Hwasa, Tujh Mein Rab Dikhta Hai dan ada lagi beberapa video lain. Hasilnya memang gempak!

Sumber: Instagram Ernie Zakri

ERA Muzik Hit Terkini