Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Ernie Zakri Dedah Nama Cahaya Mata Sulung, Nur Khawla Soleha Nama Diberi

Penyanyi, Ernie Zakri akhirnya berkongsi nama cahaya mata sulungnya yang diberikan nama Nur Khawla Soleha.

Nur Ernie Shahirah Zakri atau mesra disapa Ernie bersyukur dapat mengumumkan berita gembira itu kepada semua peminatnya.

Advertisement

ernie zakri dedah nama cahaya mata sulung, nur khawla soleha nama diberi

Menerusi perkongsian di laman Instagram miliknya, Ernie juga menitipkan doa buat anaknya itu.

“Assalamualaikum. Welcome to the world, Nur Khawla Soleha. Semoga menjadi anak solehah Daddy dan Ibu, membesar dengan penuh keberkatan dan rahmat Allah SWT,” tulisnya di kapsyen.

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by @erniezakri

Malah, isteri kepada penyanyi Syamel juga berterima kasih atas doa dan ucapan yang diberikan kepadanya dan buat keluarga.

Terdahulu, penyanyi berusia 29 tahun ini selamat melahirkan anak perempuan sulung pada 22 Februari lalu.

Pasangan selebriti Ernie dan Syamel juga melangsungkan perkahwinan mereka pada 26 Mac 2021.

Oleh: Muhammad Izwan Zainal
 

ERA Muzik Hit Terkini